Ebook atau nama asalnya electronic book merupakan trend terbaru para pembaca. Kini ebook boleh dibaca di pelbagai platform contohnya Ipad dan Samsung Galaxy Tab. Menerbitkan sebuah ebook lebih mudah berbanding menerbitkan sebuah buku fizikal.
Dari segi keuntungan pula jika kena caranya anda akan lebih untung menjual ebook berbanding buku tradisional. Namun pemasaran ebook lebih mencabar dengan mudahnya ebook tersebut dicopy secara percuma. Kaedah yang paling lazim digunakan untuk mendapat keuntungan dari ebook adalah dengan mewujudkan peminat setia kepada ebook anda. Peminat setia ini lazimnya menghargai karya ebook anda jika kandungan dan harga ebook tersebut memenuhi citarasa mereka.
Buku fizikal amatlah sesuai dijadikan pemangkin untuk pembaca seterusnya membeli ebook anda pada keluaran seterusnya. Idea yang amat bernas jika dapat menggabungkan kedua-dua kelebihan bahan bacaan ini untuk menjana kekayaan.
Selamat mengarang isi kandungan anda.