Tahniah kepada SAMB kerana mewujudkan kaunter bayaran pandu lalu untuk membayar bil utiliti air. Perpindahan Syarikat Air Melaka Berhad ke bangunan baru telah melahirkan idea yang bernas. Mungkin salah satu kaedah menjana idea adalah dengan berhijrah dari satu lokasi kepada lokasi yang baru agar mendapat pemandangan dan udara baru. Contohnya MrShidi juga sering berubah dari meja yang lazimnya saya bekerja ke meja lain yang lebih santai bagi mendapatkan idea baru contonya untuk mengarang blog. Semoga makin hari makan banyak yang sama-sama kita dapat perhatikan di sekeliling bagi menjana idea-idea baru yang mungkin suatu hari dapat ditukar kepada sesuatu yang bernilai. Bak kata pepatah Telekom Malaysia “Merintis Kemungkinan”
Selamat memerhati sambil fikir-fikirkan idea apa yang bakal dijana kini dan seterusnya.