Sapa kata program komputer yang pandai, meh sini saya buktikan yang kita lagi hebat dari program komputer sebab kita yang hasilkan program komputer.
Contoh kawan saya kata program CAPTCHA menyusahkan semasa nak sign up new gmail akaun (anda sendiri tahu siapa anda). Tapi saya mula berfikir program inilah yang dapat membuktikan kita lebih pandai dari program OCR yang digunakan untuk membaca hasil SCAN dokumen bertulis zaman mesin taip.

Program CAPTCHA merupakan program yang menghasilkan ujian perkataan yang mana hanya manusia yang boleh LULUS dan program terkini masih akan gagal.
Kesimpulan Kasihnya, program CAPTCHA berfungsi untuk membezakan input manusia dari input robot (programming robot). Kepandaian script spam masih belum dapat mengalahkan teknik CAPTCHA yang memerlukan input makhluk Allah bergelar Insan 🙂 .