Semasa sesi teh tarik bersama seorang rakan ketika sama belajar di POLIMAS. Saya terlupa sudah ilmu apa yang saya kongsi kepada seorang sahabat saya . Ketika berjumpa kembali selepas beberapa tahun tidak berjumpa dia mengatakan sayalah orang pertama mengajar dia cara menggunakan komputer.
Saya tersentuh dengan kata-katanya kerana dia kini seorang pegawai ICT yang hebat di sebuah badan berkanun. Jadi mungkin begitulah rasanya seorang guru apabila melihat anak muridnya berjaya di persada yang diceburi.
Jadi kepada trainer-trainer di luar sana teruskan berkongsi ilmu dan kepakaran yang anda ada dan kalau boleh tanpa mengira imbuhan balas dalam bentuk RM sahaja. Pastinya ilmu yang dikongsi sudah dibalas oleh yang Maha Pembalas dengan balasan yang lebih hebat lagi baik di sini ataupun di sana nanti.
Namun Jika anda berkongsi kepakaran maka untuk menilai tinggi ilmu tersebut maka wajarlah dikenakan bayaran berpadanan agar tidak dipandang lekeh oleh si murid. Jadi kepada sahabat yang bergelar Coach, sifu dan Cikgu ICT jom teruskan membina kerjaya dalam bilang kepakaran masing-masing.
p/s : hanya ilmu yang dikongsi tak berkurang jika teh ais kurang manis dikongsi makalah kuranglah teh ais tu dalam cawan anda 🙂