Skip to content

Blog Muhammad Rahshidi

MrShidi.com Money-tize Your idea :)

Menu
  • Belian Produk!
    • Checkout
    • Transaction Results
    • Your Account
  • MrShidi
  • Profil Bisnes
  • Training
  • Ahli
Menu

Idea bagaimana nak tulis buku?

Posted on 10/05/2011 by MrShidi

Tempoh hari (04/05/2011) rakan saya dari Cybersecurity Malaysia bertanyakan pendapat bagaimana nak tulis buku? Tapi setelah didengar ceritanya lebih kepada bagaimana menerbitkan buku. Kalau tulis buku senang je taip kat aplikasi pemprosesan perkataan seterusnya cetak. Tapi jika memilih penerbit ni kenalah lebih teliti sedikit kerana seperti mencari rakan niaga penerbit adalah rakan niaga yang akan melaburkan duitnya ke atas idea buku anda.

Lazimnya semua kos penerbitan, pengedaran dan pemasaran dijalankan oleh penerbit buku. Jadi anda sebagai penulis hanya akan mendapat rolayti 5-18% dari harga jualan sesuatu buku. Penulis juga lazimya diberikan harga istimewa dari pembelian sendiri daripada penerbit antara 30-40%. Jika anda jual buku tersebut pada harga pasaran maka anda akan mendapat untung runcit dari harga potongan oleh penerbit dicamput bersama royalti setelah dibayar oleh penerbit.

Sebelum proses penerbitan sesuatu buku, penerbit akan meminta anda menandatangai perjanjian. Contohnya dalam perjanjian tersebut anda perlulah menghantar manuskrip untuk buku kedua anda kepada penerbit yang anda terbitkan uku buat pertama kali. Jika penerbit tersebut tidak mahu menerbitkan tajuk tersebut maka kontrak untuk penerbitan ke dua terbatal. Harus diingat dapatkan surat menyatakan penerbit tidak mahu menerbitkan tajuk ke dua anda.

Antara ciri-ciri yang di cari kepada penerbit buku adalah niche penerbit tersebut. Penerbit juga perlulah proaktif dalam pemasaran buku anda. Lazimnya buku anda akan dicetak dalam cetakan pertama berjumlah 1000 unit. Jika jualan memberangsangkan barulah penerbit akan mengulang cetak.

Category: Sharing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2026 Blog Muhammad Rahshidi | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme