Skip to content

Blog Muhammad Rahshidi

MrShidi.com Money-tize Your idea :)

Menu
  • Belian Produk!
    • Checkout
    • Transaction Results
    • Your Account
  • MrShidi
  • Profil Bisnes
  • Training
  • Ahli
Menu

Idea yang gagal

Posted on 17/06/201317/06/2013 by MrShidi

Gagal perkataan yang lazimnya kita tidak mahu dalam hidup ini. Dulu di sekolah gagal dikaitkan dengan penggunaan dakwat merah di kertas peperiksaan. Namun saya sering mengaitkan perkataan ini sebagai suatu perkataan yang negatif sehingga suatu hari saya mempositifkan maksud gagal itu.

Banyak idea saya yang saya berkeyakinan akan berjaya tapi gagal. Sama ada gagal dilaksanakan ataupun gagal di pertengahan jalan. Sejauh mana ukuran kejayaan sesuatu idea itu. Mungkin ada ukuran tertentu untuk menjayakan sesuatu idea?

Antara idea awal yang pernah saya cuba buat adalah landing page beriklan ketika awal pembukaan cyber cafe saya di Melaka. Ideanya adalah membuat advertising page yang akan loading di laman awal ketika pengguna buka browser. Saya letakkan Google Adsense di situ. Itu idea yang saya rasa gagal kerana biz model saya hanya 1 bentuk pendapatan.

Jadi saya banyak belajar dari permulaan itu untuk membuat sesuatu yang menjana lebih dari satu revenue.

Jadi pada saya tiada idea yang gagal sebenarnya. Idea itu belum berjaya yang gagal tu hanya gagal untuk mencari jalan untuk idea tersebut berjaya. Wahai diriku teruslah memburu idea dan beristiqamahlah kepada idea tersebut.

Category: Sharing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2026 Blog Muhammad Rahshidi | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme